Friday, July 9, 2010

Rindu telah melekap dalam hatiku

Dan lewat pagi itu, kami pun bersiap sedia untuk pendakian kali ini. Hujan renyai-renyai seolah-olah mengucapkan selamat datang selain mengingatkan kami tentang cabaran Korbu. Punbegitu hatiku tetap bersemangat dan ceria, walaupun kakiku rasa gementar. Selepas membaca doa dan mendengar taklimat ringkas dari guide, kami pun mula menyusun langkah menapak menyusuri belukar. Aku tengok Epin lah yang paling bersemangat.

Cabaran Korbu bermula dengan cerun menaik 30 ke 40 darjah. Waktu itu, kami masing-masing masih rasa ok sebab takat cerun gege-gege macam tu hmmm ibarat supersantai tidak berpenghujung... hu hu... Tapi bila tiba-tiba muncul cerun pacak 80 - 90 darjah yang seolah-olah tanpa henti, barulah masing-masing rasa nak terberak.... ha ha..
Di perhentian pertama aku lihat ramai yang tercungap-cungap, termasuklah diri aku sendiri. Nak keluarkan kamera dari beg pun dah tak larat, tetapi aku gagahkan juga. Rugi weh kalau tak abadikan kenangan itu.

Pendakian ke Kem Seroja betul-betul menyiksakan. Selain cerun curam yang berterusan, kami terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang menggayatkan, menyerodok di bawah balak tumbang di tepi lereng, menyeberangi sungai dan ada kalanya cuma berpaut atau berpeluk kepada batu-batu licin.
Dan dalam perjalanan ini juga, tali penyandang backpack aku kedua-duanya sekali telah putus. Kami berhenti lama juga untuk Tuan Fairuz ikatkan penyandang itu dengan tali. Dan di sebuah lereng di mana kami terpaksa meniarap di celah balak tumbang dengan permukaan batu licin, sleeping bag aku tersangkut lalu jatuh terus masuk ke dalam gaung.

Dalam setiap xpdc, memang akulah orang yang terakhir sampai. Jauh tertinggal di belakang. Di Korbu pun begitu. Entah kenapa kakiku terasa amat berat hingga sukar untuk melangkah. Memang meletihkan dan jarak ke Kem Seroja sangat jauh. Mujur Tuan Fairuz Besout ada, dan dialah yang sentiasa berada di sisi aku menjaga keselamatan aku dalam setiap xpdc.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 3.00 petang bila aku terasa lapar teramat sangat. Wafer coklat dalam beg yang aku sandang sudahpun habis kesemuanya. Aku memang kuat makan. Bila waktu makan tengahari aku tersasar jauh dari waktunya, aku bimbang dua perkara: terburai muntah dengan jus masam dari perut aku dan aku mungkin tak berselera untuk makan kerana makanan yang dimakan akan dimuntahkan/direject oleh perut. Setelah 2-3 kali minta untuk berhenti makan, mereka pun bersetuju untuk  berhenti di tepi sebuah sungai. Waktu itu cuma tinggal aku, Tuan dan Epin sahaja, selain seorang budak porter (Amir Hazel rasanya). Epin dan Tuan pun sama lapar macam aku juga tapi mungkin perut mereka lebih lasak dari perut aku. 
Pemandangan di situ sungguh cantik sekali tanpa pencemaran. Mungkin disebabkan orang susah untuk  sampai ke situ. Kami duduk di sebuah batu besar untuk makan tengahari pada jam 3.30 petang. Aku rasa teramat lega. Tuan mengeluarkan Nasi Kerabu yang dia tapaw dari warung semasa sarapan pagi tadi. Epin menoleh kepada aku lantas bertanya: "Hang ada bawa nasi lebih ka?" Aku tergelak sendiri. Bukan apa, semasa sarapan pagi, aku dah tanya Epin nak makan apa untuk lunch sebab aku nak tapaw. Dia jawab, tak payah sebab dia tak nak makan banyak sebab takut nanti susah nak membuang. Tapi aku tetap beli 2 bungkus makan tengahari dengan lauk kari ayam dan ayam masak merah dibungkus berasingan supaya tidak basi. Aku tahu Epin akan lapar dalam perjalanan nanti sebab aku dah daki 4 gunung sebelum ini. Laparnya hingga rasa kebulur. Aku rasa berbaloi menggendong 2 bungkus nasi walaupun berat. Akak warung tu bungkus nasi macam untuk dimakan 4 orang.  Tapi habis juga kami bedal makan, tak tinggal sebutir pun. Selepas makan barulah terasa pulih tenaga. Aku rasa cergas semula. Pendakian seterusnya penuh dengan cerun pacak 80-90 darjah. Amat meletihkan. Selepas separuh perjalanan Epin meminta untuk jalan dulu supaya dia boleh tiba awal di Kem Seroja untuk mendirikan khemah. Aku berjalan dengan Tuan seperti dalam semua xpdc yang sudah-sudah. Aku sangat berterima kasih kepada Tuan Fairuz Besout. Dia benar-benar seorang yang istimewa bagi aku kerana dia tidak pernah merungut dengan kerenah aku sebaliknya sentiasa mahu aku turut serta dalam semua xpdc. Aku tetap ingat jasabaik Tuan semasa kami mendaki Gng Stong dulu. Hingga melecet kulit peha pun, dia tetap berpatah balik mencari aku di puncak. 

No comments:

Post a Comment