Kami tiba di kem Seroja pada lebihkurang jam 6.30 petang. Penat aku tiba-tiba hilang apabila kawan-kawan di situ memberikan tepukan dan sorakan gemuruh kepada aku. Aku lihat khemah-kemah sudahpun didirikan termasuk khemah untuk memasak. Aku terus mencari Epin. Dia sudahpun dirikan khemah untuk kami dan sudahpun siap mandi. Dalam keadaan bertuala, dia suruh aku pergi mandi sementara dia betulkan khemah kami yang masih senget-benget tu. Aku beritahu dia, aku perlu berehat sebentar sebab badan masih panas lagi.
Selepas meletakkan beg, aku berbual dengan Epin yang pada masa itu tengah nak tukar seluar. Lantas aku ambil baju hujan untuk menghadang. Entah siapa tetiba berteriak: "Ipin, mana hang punya penyembur magik tu, kayu semua basah, kami nak nyalakan api". Ya ampun!!!! Kali ini aku memang tak bawa WD-40. Sambil ketawa aku berteriak balas: "Padan muka korang, dulu aku selalu bawa, korang buat derk je. Kali ini aku tak bawa....." Jenuh juga kami nak menghidupkan api pada malam itu. Abg Khai sempat bertanya Kurma Ayam, Kari Daging Brahim macam yang aku bawa ke Gunung Bubu tempohari. Hu hu... Itu pun aku tak bawa... Tak sempat gi beli.


Seperti biasa aku menjalankan kerja aku, mengambil gambar. Seronok weh beramai-ramai dalam kedinginan bayu gunung di waktu malam. Menyegarkan dengan aroma semulajadi. Aku lihat Sola bersendirian menghidupkan unggun api bagi memanaskan kami semua. Lalu aku cuba membantu. Sekali ku halakan lensa kamera ke tempat di mana Sola duduk, maka berduyun-duyunlah kengkawan yang lain meluru ke situ. Hu hu, memasing pun beraksi menyalakan api.... Dan api yang besar telah dapat dinyalakan pada lewat malam itu.


Bercakap tentang kopi "O", baru aku teringat, pada malam itu Ayu diserang asthma. Rupa-rupanya semasa mendaki dia telah muntah dalam perjalanan. Dia kelihatan tidak bermaya. Kami risau juga sekiranya dia tidak mampu untuk meneruskan pendakian pada esok harinya. Aku meminta supaya Ayu diberikan kopi "O" bagi meredakan lelahnya. Aku tahu kerana aku juga menghidap asthma. Berbeza dengan Ayu yang diserang asthma jika keletihan atau kesejukan, asthma aku menyerang hanya bila tersedut bahan-bahan yang aku alergik.

Malam tu di Kem Seroja memang bulan mengambang penuh. Sebelum masuk ke dalam khemah aku dongak ke langit. Memang cantik bulan di celah-celah dedaun pokok betul-betul di atas khemah kami. Aku masih ingat sebab aku bagi tau Epin yang dahpun berada dalam khemah, yang aku nak amik foto bulan...
"Leh dapat ka gambar bulan?" Epin bertanya dari dalam khemah. Pada waktu itu aku sedang memerhatikan sesuatu dengan mata ku yang rabun ini. Semasa fokus ke arah bulan, ku lihat dedadun pokok di atas sana bertempiaran seolah-olah ada sesuatu yang melintas di antara hujung-hujung daun. Aku tersentak, lantas ingatan ku terlontar kepada pengalaman yang aku lalui dalam tahun 2006 semasa Night Walk di Kem Rekreasi Intan Suraya. Aku hilang fokus.... gambar yang aku ambiljadi kabur.... sekabur pandangan mata aku ketika itu. Cepat aku masuk ke dalam khemah. Epin sudah pun berbaring. Entah kenapa jantungnya berdegup. Aku tertanya-tanya apakah yang ku lihat sebentar tadi sama fenomenanya seperti di Intan Suraya dulu?
No comments:
Post a Comment