Selebet betul BJ pagi itu kenakan kami. Lori yang disediakan untuk mengangkut kami itu ala-ala lori babi gitu. Mana muat. Hu hu. Kami berenam sengaja ditinggalkan untuk trip ke-2.


Jauh jugak kami menapak menuju ke arah tempat kawan-kawan lain berkumpul sehingga aku kemudiannya mencadangkan kita lepak sahaja di situ menunggu lori datang. Buat apa bazirkan tenaga weh. Hu hu, bila lori datang, kami bukan terus di bawa naik ke kaki gunung sebaliknya dibawa terus ke kedai runcit di luar kawasan Empangan. Telur-telur yang dibawa tadi telah pecah, jadi kena beli telur lain.

Jarak di antara Empangan Sultan Azlan ke kaki gunung iaitu di tepi sungai (apa nama sungai tu ntah?) agak jauh juga. Di atas lori, sempat lagi bergambar, berketawa-ketawa, mengekek-ngekek. Dan Zaidi sempat tidor, katanya dia rasa mahu muntah. Epin pula memang sentiasa bersedia untuk cabaran membawa tripod ke puncak Korbu. Namun, fikiran aku terlontar jauh entah ke mana. Memang aku gerun menghadapi Korbu seolah-olah ada yang sedang menanti kami.
No comments:
Post a Comment